Ketika ini penyanyi tersebut sedang dirawat di sebuah pusat perubatan swasta akibat demam viral. Dalam masa yang sama Ezlynn didakwa sedang menghadapi pergolakan rumah tangga dengan suaminya, Adam Fahmi Shamsuddin.
Saya tidak mahu komen tentang itu, memandangkan dia (suami), ia akan buat saya lebih tertekan. Saya mahu fokus kepada kesihatan saya dahulu. Apa-apa boleh hubungi pengurus saya untuk yang lain. Saya harap awak dapat memahami keadaan saya. Sumber: Mstar
Ezlynn mendirikan rumah tangga dengan suami pada 21 November 2011, bagaimanapun sehingga kini masih tidak dikurniakan anak.
Terdahulu, Ezlynn menerusi laman Instagramnya melahirkan perasaan tertekan dan terkejut dengan satu kejadian (yang tidak dijelaskan) sehingga menyebabkan beliau jatuh sakit.
Kalah juga akhirnya. Tak sangka badan dan fikiran saya terperanjat. Sangat tertekan dengan apa yang terjadi semalam. Terima kasih atas doa anda semua dan kekuatan yang diberikan. InsyaAllah semuanya akan baik. - Sumber

0 Response to "Masalah Rumah Tangga, Ezlynn Dikejarkan Ke Hospital?"
Post a Comment